Pages

Tuesday, April 24, 2012

Apa Itu Nilam?


NADI ILMU AMALAN MEMBACA(NILAM)
RASIONAL
Membina budaya ilmu dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Untuk mencipta budaya ilmu perlu menjana idea serta pendekatan terancang bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih sistematik, terancang, lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang seimbang.

MATLAMAT
Membina tabiat membaca di kalangan murid.

OBJEKTIF
Menjadikan murid banyak membaca.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

SASARAN
Semua pelajar sekolah rendah dan menengah

TAHAP JAUHARI
v Semua murid wajib mengikuti Tahap Jauhari.
v Murid sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan tahun 1 sehingga tamat tahun 6.
v Murid sekolah menengah memulakan aktiviti tahap Jauhari sebaik sahaja masuk tingkatan 1 sehingga tamat tingkatan 5.
v Aktiviti Tahap Jauhari ialah murid membaca, murid merekod, guru mengesahkan dan murid diberi pengiktirafan.

TAHAP RAKAN PEMBACA
v Setelah membaca 100 buah buku, murid layak memasuki Kumpulan Tahap RP.
v Murid RP perlu mempunyai sifat sentiasa ingin berkongsi maklumat, amanah, buku di tangan, kepimpinan dan boleh menarik minat rakan, jiran serta keluarganya yang kurang minat membaca.

CADANGAN AKTIVIRI RAKAN PEMBACA
- Bercerita
- Membaca bersama
- Ulasan buku
- Meminjamkan buku
- Bicara buku/Diskusi buku
- Syarahan/Pidato
- Forum
- Lakonan/Sketsa





Aktiviti di kelas hari ini:

Program NILAM

Program diteruskan. Murid-murid terus dibimbing bagaimana hendak merekodkan bacaan dalam buku NILAM. 

Buku Rekod NILAM




Membaca terlebih dahulu sebelum merekodkan bacaan ke dalam buku NILAM.



Terdapat beberapa orang murid yang berupaya merekodkan butir-butir bacaan ke dalam buku NILAM.




1 comment:

  1. Bagusnya! Baru tahun 1 dh pandai rekod bacaan sendiri lah!

    ReplyDelete